Selamat datang ke blog Cadar Sunsweet Murah.Di blog ini kami menjual pelbagai jenis cadar yang menarik. Kepada bakal pengantin ataupun suri rumah yang tercari-cari cadar yang menarik, bolehlah beli dari kami..harga cadar-cadar disini murah-murah sahaja. Website kami di http://zdlegacy.biz. Sila Call/SMS/Whatsapp kami di 019-7788873 untuk order..Jangan lupa LIKE dan SHARE page facebook kami di Cadar Sunsweet Murah

Sunday, March 9, 2014

Beza antara Comforter dan Duvet

Assalamualaikum semua..semoga sihat sejahtera...

Ramai diantara kita yang masih tidak tahu apakah beza antara comforter dan duvet. Apabila ingin mengenakan cadar yang sesuai untuk katil anda, kita sering berfikir apakah pilihan yang tepat dan sesuai untuk kamar tidur kita. Adakah cadar yang akan anda gunakan dapat membuat kita puashati atau sebaliknya. Adakah comforter itu senang untuk dibasuh atau tidak..Inilah perkara-perkara yang sering kita fikirkan apabila untuk menghias katil kita..

Comforter vs Duvet

Apa itu Comforter?

Biasanya, comforter lebih tebal dan gebu berbanding duvet yang digunakan untuk membuat kita rasa hangat . Ia biasanya dipenuhi dengan gentian sintetik dan dijahit untuk menjamin isinya disimpan sama rata. Tidak seperti duvet, comforter adalah sekeping cadar yang merangkumi semua linen katil anda. Comforter biasanya dijual dalam set bersama cadar, sarung bantal dan sarung bantal peluk..maka, ia lebih mudah untuk dihiasi di atas katil kita..Penjagaan comforter lebih mudah kerana kita hanya perlu cuci sekali dengan cadar, sarung bantal dan lain-lain.
Apa itu Duvet ?

Duvet adalah jenis cadar yang lembut yang penuh dengan bulu-bulu atau 
sintetik alternatif. Ia dilindungi dengan penutup boleh tanggal dan digunakan sebagai penebat haba. Menambah duvet untuk katil anda menjadikan keseluruhan kerja menghias katil tidur anda lebih mudah. Ia tunggal dan bukannya gabungan cadar, selimut,  sarung bantal dan lain-lain.


Semoga bermanfaat...:)

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...